Monday, December 21, 2009

khutbah Jumaat 18/11/09

Demi Masa
Minggu ini mimbar jumaat banyak membicarakan tentang masa.

MASA terus berlalu, tiada seorang makhluk mampu menghentikannya. la berjalan bagaikan roda, siapa yang lengah akan ditinggalkan. Siapa yang mampu memanfaatkannya akan dihantar ke tempat yang dituju dengan selamat.

Penulis melihat kepentingan masa dalam konteks menyambut tahun baru HIJRAH 1431.

MASA atau waktu adalah sesuatu yang unik, penuh rahsia dan tanda tanya, perjalanannya membuat orang sengsara dan bahagia, ia boleh membunuh dan dibunuh. Orang Arab menyatakannya `masa seperti pedang, jika kamu tidak membunuhnya, maka kamu akan dibunuhnya', orang Inggeris pula menyatakan ‘masa adalah wang, kalau kita sia-siakan, kita akan kehilangan produktiviti’. Hasan al Bana, seorang tokoh pemimpin Ikhwanul Muslimin menyatakan `al waktu haya'tun ‘waktu itu adalah kehidupan’. Orang yang tahu menghargai waktu, merekalah yang boleh disebut manusia yang menang.

Beribu-ribu ilmuwan cuba membuat penyelidikan, apa sesungguhnya dikatakan masa. Hampir semua mereka gagal menjawabnya, hinggakan Einsten sendiri dalam teori relativitinya, menyatakan ‘ada kekuasaan yang maha agung yang mengatur waktu itu’.

Antara cara menghitung waktu itu, dengan petunjuk Ilahi, manusia menggunakan apa yang dinamakan tahun, tahun adalah kumpulan bulan, apabila sampai bilangan bulan mencapai dua belas, secara automatik lahirlah tahun, dan ia akan selalu bertukar. Sekarang, tahun sudah berganti, musim bertukar, kita sedang berada di ambang tahun baru. Tahun yang akan dilalui ini juga mengandungi pelbagai rahsia yang sukar diramalkan sepenuhnya oleh manusia. Kehadiran tahun baru ini, suka atau tidak, diterima atau ditolak, tidak akan beranjak, ia terus berjalan, maka kehadirannya harus diterima, walau berita apapun yang akan dibawanya.

Bagi sesetengah masyarakat, mereka tidak peduli dengan perubahan tahun, semua dianggap suatu perjalanan biasa. Apa yang akan terjadi, jadilah. Apakah ia akan membahagiakan atau menyengsarakan, mereka tidak ambil kira. Masyarakat seperti ini di dalam al-Quran disebut insan yang merugikan (al-insan fi khusrin). Peningkatan umur atau sebarang perubahan yang berlaku pada diri dan persekitaran mereka akan menjadi sia-sia begitu saja.

Umat Islam, sepatutnya mengambil berat mengenai segala masalah (ummatan wasatan). Perubahan tahun perlu disambut secara hati-hati, penuh dengan pelbagai perhitungan (ihtisa ban). Ini kerana, bagi mereka perubahan tahun adalah suatu modal untuk memelihara kelangsungan hidupnya di dunia dan akhirat.

Dalam ajaran Islam, al-Quran dan al-Sunnah sangat banyak memberi motivasi dan persiapan dalam menghadapi perubahan masa. Peringatan yang sangat popular di kalangan umat Islam ialah menerusi surah al-Asr yang antara lain bermaksud, “Demi masa, manusia dalam keadaan merugi, kecuali orang beriman dan beramal soleh. Saling berwasiat mengenai yang hak dan saling berwasiat dengan cara sabar” (maksud al'Asr:1- 4).

Renungan yang dilakukan oleh pemikir Islam seperti Sayid Qutub, Abul ‘Ala al Maududi, al Maraghi, Muhammad Abduh dan lain-lain, melahirkan dua konsep bagi manusia untuk menghadai perubahan tahun. Pertama, sebagai umat yang baik, kita perlu menghitung dan mengimbas kembali apa yang kita lakukan selama setahun yang lalu. Sampai di mana hal positif yang mampu kita lakukan, hingga membawa manfaat yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Manfaat itu pula bukan sekadar bersifat material, tetapi mesti menjangkau kerohanian, duniawi dan ukhrawi. Tentu saja, untuk menghitungnya, kita memakai konsep Islam secara keseluruhan, bukan sebahagian.

Sebagai manusia, kita mesti jujur, bahawa pada tahun lalu, kita melakukan pelbagai tindakan negatif. Ini perlu kita imbas dan renungkan kembali, apa implikasinya terhadap diri, keluarga, negara dan agama. Perhitungan ini sangat perlu dilakukan, agar kita mampu mengkritik diri sendiri sebagaimana dikatakan, `hitung-hitung dirimu, sebelum kamu dihitung'.

Mereka yang mengakui kesalahan dan kejahatan sendiri akan lebih mulia berbanding dengan orang lain. Inilah ajaran suci kita, sehingga kelemahan yang ada dalam diri ini boleh kita ubah, bincangkan bersama dengan orang tua kita, dengan isteri dan dengan orang yang dekat dengan kita yang kita percaya. Dengan demikian, sifat negatif kita secara beransur boleh berkurangan.

Sebagai makhluk yang lemah, introspeksi tahunan ini sangat perlu dilakukan. Orang yang mulia adalah orang yang mahu mengakui kesalahannya dan bertekad merubahnya. Rasulullah dengan ajaran sucinya selalu memberikan peringatan ini kepada para sahabatnya agar mereka menyedari betapa pentingnya mengubah diri. Perkara paling penting untuk mengubah diri, Rasulullah mengajarkan pelbagai macam doa, agar kita terhindar daripada segala sifat negatif. Apabila manusia mahu merubah dirinya, maka Allah juga akan membantu kepada perubahan ini “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa, sampai mereka mahu merubah diri mereka sendiri”(maksud QS 13:11).

Kesimpulan kedua yang dibuat oleh pemikir Islam, bahawa umat Islam, dalam rangka menghadapi perubahan tahun mestilah membuat pelbagai perencanaan yang positif, jitu dan penuh dengan tanggungjawab dalam rangka mencari keredaan Ilahi dan mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Perancangan adalah sesuatu yang sangat fundamental dalam menentukan kedudukan diri. Tanpa perancangan yang betul, tidak mungkin dapat menentukan sasaran kerja sebenar. Kita hanya akan berada dalam rutin yang tidak berkesudahan. Mungkin, kesudahannya seperti orang menghasta kain sarung, yang tidak tentu hujung dan pangkalnya.

Empat belas abad silam, Rasulullah mengajar kita membuat perancangan hidup “Rancang, buat dan peliharalah lima perkara postif sebelum datang lima perkara yang negatif, hidupmu sebelum datang matimu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa lapangmu sebelum datang masa sempitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirm”’. (HR Hakim, Baihaqi dan Ahmad).

Perancangan pertama yang perlu dilakukan ia berhubung soal peribadi kita. Apa yang perlu dicapai pada tahun depan mestilah diagak dari awal lagi. Untuk mencapai sesuatu, kita memerlukan pelbagai persiapan mental dan peralatan yang membantu untuk mencapai tujuan itu. Sasaran yang ditetapkan ini tentu saja diiringi dengan semangat tinggi, kerja kuat dan keseriusan. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh serious. Tentulah sasaran yang kita tetapkan itu tidak mungkin mencapai hasil yang diharapkan jika tidak melakukannya dengan kesungguhan. Implikasinya, keinginan kita untuk merubah peribadi kita pada tahun hadapan, tidak mungkin di capai.

Sebaliknya, apabila sasaran yang baik itu dapat dilaksanakan dengan semangat yang kukuh, keinginan yang tinggi dan penuh keseriusan, kesempatan untuk berubah itu biasa nya akan dicapai. Apakah perubahan yang hendak kita lakukan itu di bidang penambahan ilmu, perubahan jawatan, peningkatan ekonomi dan sebagainya. Dan orang ini, sebagaimana dinyatakan dalam ajaran al-Quran sebagai orang yarng soleh dan ia tidak akan merugi (lihat QS al'Asr 1-3) atau dalam ayat lain Allah menyifatkan orang ini sebagai pewaris bumi.(QS anbiya': 105).

Kita hidup di dunia dibebankan dengan tanggungjawab, atau masing-masing dianggap sebagai pemimpin yang mesti mempertanggungjawabkan kepemimpinannya di hadapan Allah. “Semua kamu pemimpin, akan diminta bergungjawab atas kepemimpinan itu, seorang imam adalah pemimpin dan mesti bertangungjawab atas kepemimpinannya, seorang suami menjadi pemimpin kepada keluarga nya, dan bertanggungjawab hadap apa yang ia pimpin…” (HR Ahmad, Bukhar Muslim dan Abu Daud). Berkaitan perancangan, kita mesti pula membuat perancangan terhadap anggota keluarga, apa yang perlu dicapai oleh isteri kita dan bagaimana ia mesti mencapainya, begitu juga dengan anak-anak, prestasi apa yang perlu mereka raih pada tahun depan. Untuk itu, perlu ada perancangan yang betul, agar kita dapat mengawal kehidupan keluarga sesuai dengan ketentuan Ilahi. Perancangan yang kita lakukan ini tentu disesuaikan dengan anjakan paradigma yang terjadi, tanpa melanggar ketentuan Ilahi. Ini kerana perancangan terhadap masa depan keluarga sangat penting sekali. Dalam al-Quran disebut sebagai kaedah untuk menyelamatkan diri dan keluarga daripada azab api neraka: “Hai yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu dari azab api neraka" (maksud QS al-Tahrim:

Untuk mencapai kejayaan, tentu ada perancangan yang tersusun rapi dari setahun ke setahun. Tanpa perancangan yang jelas, kehidupan ini akan kabur. Islam sebagai agama penyelamat tidak akan bermakna bagi pengikutnya, dan kita akan dicop sebagai manusia yang merugi: “Demi masa, manusia dalam keadaan merugi, kecuali orang beriman dan beramal soleh”. (maksud QS al' Asr: l-3).


Baca seterusnya...

Monday, December 14, 2009

Khutbah Jumaat 11/12/09

Sidang jemaah yang dirahmati Allah.

Minggu ini mimbar jumaat menceritakan banyank perkara tentang kematian.Saya merasakan alangkah baiknya kita mengambil pengajaran dari kisah Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Baca seterusnya...

WASIAT IMAM SYAFI’E

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi’e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata

2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi’e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )

13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid(beragama)

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26.Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas


Baca seterusnya...

Wednesday, December 2, 2009

Khutbah Aidil Adha 2009

KETELADANAN NABI IBRAHIM .
Para hadirin yang dirahmati Allah!
Berbagai macam ibadah telah rasulullah .ajarkan pada bulan Dzulhijjah yang mulia ini.Dimulai dari ibadah haji, ibadah qurban, puasa sunnah, shadaqah, takbir, zikir dan sebagainya, terutama pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi .yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dari Ibnu Abbas .:
“Tidak ada sekumpulan hari yang mana amal shalih pada hari-hari itu lebih dicintai oleh Allah dari pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.” Mereka bertanya: “Tidak juga jihad dijalan Allah, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Tidak juga jihad di jalan Allah,kecuali seseorang yang berangkat dengan membawa dirinya dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan itu semua.” (HR. Bukhari)

Para hadirin yang dirahmati Allah!
Sebuah keharusan bagi seseorang yang telah bertauhid, seseorang yang telah menyatakan: LAA ILAAHA ILLALLAAH, seseorang yang telah berikrar bahwa Allah sebagai satu-satunya yang layak disembah dan untuk menjadikan Nabiyullah Ibrahim sebagai teladan. Allah .berfirman:
“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapanya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan keampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah".” (QS. Al- Mumtahanah: 4)

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. An-Nahl: 120-122)

Allah mengabadikan peristiwa ini di dalam firman-Nya:
“Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas paha(nya), nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. “ (QS. Ash-Shaffat: 101-107).

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil dari penyembelihan Ismail di atas? Kisah tersebut memberikan pelajaran yang berharga kepada kita seperti berikut:

1.Kesolehan Ismail kerana beliau disebut sebagai ghulam haliim (anak yang sabar dan santun). Dan kesalihan ini tidaklah lepas dari do’a Ibrahim dalam ayat sebelumnya.
2.Ketaatan Nabi Ibrahim .menjalankan perintah Allah tanpa melengahkan masa. Dan begitulah seharusnya kita sebagai seorang muslim jika ada perintah dari Allah dan rasul-Nya,

5. Sifat tawakkal yang dimiliki oleh seorang Ibrahim . Dan begitulah seharusnya seorang mukmin harus bertawakkal kepada Allah .
6. Seorang yang memiliki darjat yang tinggi tentunya tingkat ujian dan musibahnya juga besar dan tinggi seperti Ibrahim .
7. Semua perintah dan ajaran Allah dan rasul-Nya .jika kita laksanakan dengan sungguh-sungguh maka akan membawa kebaikan yang besar walaupun dari luarnya perkara tersebut kita benci.

Satu lagi pesan khutbah ini, yaitu ketika kita menyembelih korban hendaknya tetap memelihara prinsip taqwa. Taqwa selain ikhlas juga harus sesuai dengan petunjuk rasulullah .

Allah berfirman:
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” (QS. Al-Hajj: 37)

Ketika kedua anak Adam .(Qabil dan Habil) berk0rban, maka korban Habil diterima oleh Allah sedangkan kurban Qabil tidak diterima. Apa penyebabnya sehingga tidak diterima? Yaitu kerana tidak diatas prinsip taqwa.

Allah berfirman:
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa".” (QS. Al-Ma’idah: 27)

Marilah kita memohon kepada Allah agar kita semua dimasukkan kedalam golongan orang yang mampu meneladani Nabi Ibrahim secara lahir dan batin. Amin Ya Rabbal A’lamin



Baca seterusnya...

Tuesday, December 1, 2009

Mari Mengaji Bersama Waikatodehati


Mari Mengaji Bersama Waikatodehati akan bermula mengikut jadual pada 4/12/2009. Jadual akan diberikan pada email masing-masing.

Baca seterusnya...
Related Posts with Thumbnails